https://twitter.com/EwanEzwan

Tuesday, May 24, 2011

lkisah seorang lelaki sedang berjalan keluar dari pusat gymnasium. Lelaki tersebut membuat panggilan ke rumahnya....

Lelaki : Hello....

Orang gaji : Hello...

Lelaki : Bibik, boleh panggilkan puan? saya ingin bercakap dengannya sebentar!

Orang gaji : Puan sedang tidur dengan suaminya!

Lelaki : Cis...dalam diam dia kahwin lain rupanya...awak kenal lelaki itu?

Orang gaji : Kenal tuan

Lelaki : Kalau begitu awak pergi ke dapur ambil pisau dan bunuh mereka berdua!

Orang gaji : Baik tuan!

Orang gaji yang lurus bendul itupun mendapatkan pisau di dapur, seketika kemudian terdengar jeritan dari kedua-dua pasangan tadi akibat ditikam oleh orang gaji tersebut.

Orang gaji : Siap tuan..!

Lelaki : Bagus, baru puas hati saya!hahaha..!sekarang buang mayat dan pisau itu di sungai di belakang rumah.

Orang gaji : Err...tuan di belakang rumah mana ada sungai..!

Lelaki : Eh, apa pulak takde sungai, belakang rumah saya ada sungai!41076636 no. telefon rumah ni kan?

Orang gaji : Bukan tuan, nombor rumah ni 41076663.

Lelaki : Ohhh, yeke?kalau macam tu saya salah call la ni. Maafkan saya.

Orang gaji : Errkk.....mampus aku...! ^^

No comments:

Post a Comment